Awal hidup dan pendidikan Hugh Laurie

James Hugh Calum Laurie lahir di Blackbird Leys, Oxford pada 11 Jun 1959,[1][2] anak bongsu dan anak lelaki kedua empat adik-beradik[2][3][4] kepada Patricia (nama keluarga: Laidlaw) dan William George Ranald Mundell "Ran" Laurie, seorang doktor dan ahli sukan dayungyang memenangi pingat emas semasa temasya Sukan Olimpik Musim Panas 1948.[2][5] Kedua-dua ibubapanya keturunan Scotland anutan St. Columba's Presbyterian Church of England (kini United Reformed Church).[6]

Beliau melanjutkan pengajian tingginya di Kolej Eton[7] sebelum beralih ke Kolej Selwyn, Cambridge pada tahun 1978[7][8] wdi mana beliau mempelajari bidang arkeologi and antropologi[9] sehingga lulus ijazah di sana.[10]

Beliau terlibat sebagai seorang atelt sukan dayung untuk mengiikuti ayahnya pada peringkat sekolah dan universiti.[7] Beliau pernah dalam pasukan yang berjaya dalam acara beregu pada pertandingan peringkat kebangsaan British 1977.